Tuesday, March 26, 2013
Liberalisme: esei-esei terpilih F.A Hayek
PENGANTAR
kebanyakan orang yang mengundi parti dan ahli politik tertentu bukan berdasarkan pihak mana dapat menjamin kebebasan rakyat untuk menjalankan usaha dan kerja mereka sendiri untuk mencapai kemajuan diri, sebaliknya parti dan ahli politik mana yang akan melakukan kerja untuk mereka. Beza di antara dua hal ini amat besar, dan esei-esei yang dimuatkan dalam buku ini berhasil menjelaskan, antara lain, perbezaan tersebut.
Sebahagian esei dalam buku ini tidak mudah difahami, bagaimanapun ia tetap dimuatkan di sini kerana antara tujuan buku ini diterbitkan ialah untuk dijadikan teks rujukan bagi mereka yang berminat memperdalam kefahaman tentang Liberalisme.
Liberalisme dan gagasan-gagasannya merupakan lawan bagi sosialisme dan gagasan-gagasan sosialistik.
Liberalisme mempunyai matlamat-matlamat yang sama dengan sosialisme, khusunya kemakmuran dan kemajuan masyarakat. Tetapi jalan liberal untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut sama sekali berbeza dengan jalan sosialis.
Dalam sebutan mudah, sosialis ingin sampai ke tujuan dengan cara melaksanakan kebaikan, sedangkan liberal dengan cara mencegah kejahatan.
MISALNYA:
Bagi liberal, peraturan tidak sepatutnya digubal untuk mengarahkan Ali supaya membina gerai goreng pisang di tanah kosong depan rumahnya agar orang ramai dapat menikmati goreng pisang di waktu petang. Sebaliknya, undang-undang sepatutnya menyebut dengan jelas bahawa tidak ada pihak harus mencegah Ali dari membina gerai goreng pisang itu agar dia mendapat untung dan hasil dari kegiatan menjual goreng pisang itu, secara tidak langsung, orang kampung dapat menikmati pisang goreng.
Esei-esei dalam buku ini dapat menghantar pembaca memasuki gerbang wacana Liberalisme. Bukan sekadar itu, ia juga membuatkan orang merenung permasalahan falsafi yang lebih mendalam, khusunya ketika Hayek membincangkan tentang rasionalisme, batasan akal, keadilan dan asal-usul nilai moral.
Dalam soal falsafah perundangan negatif liberal pula, menarik untuk dibandingkan dengan unsur negatif yang seakan sama dengannya dalam falsafah perundangan Isla, seperti yang terbayang pada prinsip-prinsip al-dharar yuzal (kemudaratan harus dihilangkan), dar' al-mafsadah muqaddam 'ala jalbi al-manfaab (mencegah kerosakan lebih utama dari meraih manfaat), al-akhzu bi akhaf al-dhararain (memilih mudarat yang lebih ringan di antara dua kemudaratan).
______________________________________________________________________________________
Tajuk: Liberalisme. Esei-esei Terpilih F.A. Hayek
Terjemahan: Al-Mustaqeem Mahmod Radhi
Penerbit: Oxygen Media & Pustaka Liberal
Kandungan.
Sumber Asal.
Pengantar.
Riwayat Ringkas F.A. Hayek.
- Utopia Agung.
- Individualisme Dan Kolektivisme.
- Jenis-Jenis Rasionalisme.
- Liberty Dan Liberties.
- Tanggungjawab Dan Kebebasan.
- Francis Bacon (1562-1626): Pengasas Saintisme.
- The Austrian School of Economics.
- Dr. Bernard Mandeville (1670-1733).
- Falsafah Perundangan dan Politik David Hume (1711-1776).
- Adam Smith (1723-1790): Pesannya Dalam Bahasa Hari Ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
