petikan dari: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/hadi-jangan-jadi-macam-mahathir-khalid-ismath/
"Hadi sepatutnya meraikan kepelbagaian idea dalam negara demokrasi ini, bukan memaksa orang lain berfikir dalam satu acuan sahaja. Islam sendiri meraikan kebebasan berfikir apabila dalam al-Quran berulang kali menyebut “Afala Taqqilun” (tidakkah kamu menggunakan aqal?) dan “afala tatafakkarun” (tidakkah kamu berfikir?)"
peristiwa ini telah mengingatkan kembali akan insiden-insiden (penafian kebebasan berfikir) yang pernah berlaku dalam dunia sarjana atau tokoh muslim
antara insiden yang berlaku ialah:
- imam abu hamid al-ghazali salah seorang sarjana muslim yang melancarkan serangan terhadap falsafah dan ahli falsafah. karyanya, tahalut al-falasifah menilai kembali pandangan para filasuf muslim. beliau telah menghukum dosa terhadap para filasuf dan mengkafirkan para filasuf yang tidak menerima konsep kebangkitan badan di hari akhirat.
hal ini menyebabkan masyarakat muslim mengganggap ilmu falsafah sebagai bahaya. menurut mohammed arkoun, keadaan ini adalah disebabkan kebimbangan yang melampau terhadap kesan subversif yang dihasilkan oleh pemikiran kritis terhadap kemapanan ortodoksi dan juga demi kelansungan sesebuah legasi pemerintahan.
- budaya penghukuman menyedihkan ini berlanjutan sehingga insiden seterusnya, syeikh muhammad al-ghazali (almarhum) seorang ilmuwan dari mesir pernah mengeluarkan fatwa "halal darah" mereka yang telah kafir ini.
perkara ini dibuktikan apabila berlakunya kes pembunuhan faraj fouda, seorang yang menyatakan sokongan terhadap pemikiran sekular. syeikh muhammad ghazali apabila dipanggil menjadi saksi kes ini, beliau menyatakan pembunuh fouda sebagai tidak berdosa kerana mengganggap pemikiran sekular fouda mampu menodai ajaran islam.
- sebelum berlakunya kes faraj fouda, pada 1920-an mesir dikejutkan dengan ancaman kebebasan berfikir dalam kasus buku ali abdul raziq, beberapa ulama al-azhar yang lainnya seperti rasyid rida dan syeikh khidr hussein menulis buku untuk membalas hujah ali abdul raziq namun mereka tidak berpuas hati lalu memanggil sidang ulama untuk berbincang dan akhirnya memecat ali abdul raziq dari jawatan sebagai hakim mahkamah syariah di mansourah, mesir.
melalui insiden ini, ramai ilmuwan dan tokoh pada masa itu melihat pemecatan ali raziq bermotifkan politik.
- pada tahun 1922, juga di mesir, nasib yang sama menimpa ilmuwan dari universiti kaherah iaitu nasr hamid abu zayd.
pemikiran abu zayd senantiasa berlawanan dengan pemikiran konservatif pada masa itu. pemikiran abu zayd dianggap banyak dipengaruhi oleh marxisme, lantas dr. abd al-sabur syahin menyifatkan ianya sebagai bertentangan dengan islam sehingga beliau tidak bersetuju dengan pencalonan abu zayd untuk jawatan profesor.
abu zayd juga dihukum kafir oleh fundamentalis-fundamentalis yang diluar universiti, sehingga mengganggap perkahwinan beliau dengan isterinya sebagai tidak sah atas alasan "kafir berkahwin dengan muslimah."
tindakan-tindakan yang diambil dengan alasan yang tidak berakademik, penyekatan dan usaha pembunuhan terhadap seorang sarjana merupakan cara menyekat suara cendekiawan dan sekali gus mengekang kebebasan berfikir.
- selain nasr hamid, beberapa sarjana muslim lain menghadapi tentangan dari kelompok muslim radikal di mesir, apabila karya taha hussein yang berjudul fi-al syi'r al-jahili (1927) disekat hebat.
- di malaysia, kebebasan berfikir atau kebebasan akademik disekat melalui pengharaman buku. pada jun 2006, kementerian dalam negeri telah mengharamkan sebanyak 18 buah buku yang diterbitkan di dalam dan di luar negeri daripada diterbit, diedar atau diterbitkan semula. kebanyakan buku yang diharamkan itu berkaitan dengan islam.
link menarik: http://www.silverfishbooks.com/index.php
ingat ini,




