Salam.
Apa itu
revolusi?
Revolusi itu
kalau kita sesuaikan dengan keadaan dunia zaman sekarang yang penuh cabaran;
ialah, suatu perubahan pantas dan dilihat sebagai efektif dalam apa jua
lapangan (bidang) sehingga suatu revolusi itu menjadi ingatan atau terpahat
dalam sejarah. Revolusi juga dilihat bakal menghasilkan keadaan dan masyarakat
yang sangat berbeza dari sebelumnya. Kebiasaannya bila disebut revolusi, pasti
ramai yang memikirkan revolusi politik (seperti berlakunya tunjuk perasaan,
ptotes jalanan, himpunan, demonstrasi dan sebagainya). Walhal revolusi itu
boleh berlaku dalam apa saja lapangan atau bidang seperti revolusi industri
dalam bidang ekonomi dan revolusi sains dalam bidang ilmu pengetahuan.
“Misalnya revolusi industri di Inggeris
yang memakan masa puluhan tahun, namun dianggap
'cepat' kerana mampu mengubah
sendi-sendi pokok kehidupan masyarakat-seperti sistem kekeluargaan dan hubungan antara buruh dan majikan-yang telah
berlangsung selama beratus-ratus tahun.”
Tujuan dan Faktor Revolusi
Lazimnya suatu revolusi bertujuan untuk
memperbaiki keadaan masyarakat yang tidak adil.
Seperti di Perancis, golongan kelas menengah
(middle-class) dalam parlimen, menuntut supaya mereka diberi hak mengundi
sepertimana kelas paderi dan kelas bangsawan. Mereka juga menuntut supaya cukai
golongan petani dan pekerja diturunkan dan pada masa yang sama bangsawan dan
paderi yang tiada dikenakan cukai langsung, hendaklah dikenakan cukai kepada
mereka semua. Namun, tercetusnya revolusi Perancis ini apabila
tuntutan-tuntutan ini dihalang oleh kelas atasan dan tidak dapat diteruskan
melalui proses perlembagaan.
Begitu juga di Rusia, tuntutan demi tuntutan dari
pemimpin rakyat telah ditolak (walaupun tuntutan itu berasaskan hak yang sah),
pemimpin rakyat ini kebanyakan telah dipenjarakan atau dibuang ke Siberia.
Sehinggalah apabila cadangan dari para menteri yang dikatakan ‘cadangan membina’
itu diketepikan oleh pihak pemerintah, maka meletuslah revolusi.
Demikianlah, apabila saluran biasa tertutup atau
tidak diendahkan atau tidak diuruskan dengan baik kepada rakyat, maka untuk
membaiki nasib mereka, jalan terakhir ialah pemberontakan revolusioner.
Sebaliknya jika cara perlembagaan masih dapat digunakan, kekerasan dapat
dielak, kerana rakyat umumnya tidak suka revolusi yang biasanya mengakibatkan
banyak yang terkorban, sedangkan hasilnya belum pasti dapat dicapai.
Untuk mencetuskan revolusi, perlunya kesedaran
dari kalangan rakyat itu sendiri. Kebiasaannya, golongan atau kelompok yang
menimbulkan kesedaran rakyat ialah para intelek. Para intelek ini akan
memaparkan segala pemerasan, penindasan dan kepincangan yang berlaku dalam
rejim pemerintah sedia ada. Para intelek ini akan mengkritik secara bijaksana
pada mulanya dan kemudian memberi alasan mengapa hal ini wajib dan boleh
ditentang. Pada masa yang sama para intelek ini akan mempersendakan rejim
pemerintah dan menghasut serta memberi
harapan akan lahirnya dunia baru juga menanamkan semangat percaya pada diri
sendiri dalam kalangan rakyat.
Menurut
Shariati, “dalam zaman kejahilan, kesedaran itu sendiri adalah jenayah.” (For in an age of ignorance, awareness is itself
a crime)
*Shariati merupakan pencetus penting yang
menggerakkan revolusi rakyat menentang regim despotik Reza Shah. Malahan beliau
dianggap sebagai arkitek Revolusi Islam Iran.
Contoh lain, seperti J.J Rousseau dalam bukunya The
Social Contract (Persetujuan Masyarakat) 1862, mengemukakan alasan
bahawa persamaan dan kebebasan adalah hak asasi manusia. Voltaire (1694-1778)
juga mempersenda golongan paderi dan bangsawan yang akhirnya meletuskan
revolusi Perancis.
“Revolusi umumnya mensyaratkan hadirnya seorang pemimpin kharismatik, dipandu
sebuah parti pelopor (avant
grade), adanya sebuah elemen ideologi. Dalam Revolusi Rusia, misalnya,
Lenin dan tokoh puncak
Parti Komunis mampu
menjadi pemimpin yang berkarisma.
Revolusi lain yang mengedepankan seorang tokoh, misalnya Fidel Castro
di Cuba, Che Guevara di Amerika Selatan, Mao Tse-Tung
di Republik Rakyat China, Ho Chi Minh di Vietnam, Ayatullah Khomeini di Iran, Corazon
Aquino di Filipina ketika Revolusi EDSA,
dan lain-lain.”
“Berlakunya pertempuran sengit, pembunuhan kejam, pertentangan ayah dan
anak, ibu yang menangis kerana anaknya terkorban, isteri yang menitiskan air
mata kerana kehilangan suami! Golongan pembesar yang terhormat menjadi kecil
dan hina!”. Para penentang
revolusi pasti mengatakan ini “jenayah
kejam!” namun sebaliknya para pendukung revolusi akan mengatakan “pengorbanan suci dan agung!”. Olehan
demikian, di manakah letaknya kebenaran?
- Che Guevara
rujukan:
http://en.wikipedia.org/wiki/Revolution
http://id.wikipedia.org/wiki/Revolusi
http://www.al-ahkam.net/home/content/ali-shariati-dan-idealisme-perjuangannya
http://www.brainyquote.com/quotes/keywords/revolution.html






