
Firman-Nya:"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),"
"Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;"
"Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -"
"Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -"
"Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."(quran, 96 : 1-5)
ayat pertama dalam quran itu, dalam konteks sumber keilmuwannya berkemungkinan besar mengisyaratkan yang kedua-dua jalan meraih ilmu, sama ada wahyu atau falsafah, adalah benar dan dapat mencapai tujuan tertinggi kehidupan manusia di dunia, iaitu mengenal Tuhan.seperti ditunjukkan oleh samaada tulisan-tulisan ahli falsafah atau ahli sufi, untuk kedua-dua jalan itu kebebasan adalah amat perlu. bermakna, harus diberi kebebasan untuk ahli falsafah memilih kaedah kajian yang disenanginya seperti mana harus diberi kebebasan untuk ahli sufi
memilih tarekat disenanginya.
aktiviti ilmiah dalam dunia akademik juga mendapat dorongan dari sekian banyaknya pengulangan ayat quran.amir syakib arslan mencatat di dalam buku "mengapa kaum muslimin mundur dan mengapa kaum selain mereka maju":"dan di dalam beberapa ayat (al-quran), sebahagian ada yang menunjukkan dengan jelas, bahawa yang dikehendaki dengan maksud ilmu itu ialah ilmu pengetahuan alam... dan ayat-ayat yang mengandungi erti sedemikian itu dalam al-quran ada berganda-ganda banyaknya, kalau dibandingkan dengan banyaknya ayat-ayat mengenai urusan ibadat amaliah seperti sembahyang dan puasa."kebebasan merupakan syarat asasi untuk mencapai tujuan dari pengkajian terhadap alam yang amat luas, yang terdiri dari makhluk bernyawa dan tidak bernyawa. tanpa kebebasan matlamat akhir untuk mengenali Tuhan menerusi alam ciptaan-Nya tidak mungkin tercapai.
petikan dari:SIRI ISU-ISU SEMASA DALAM RISALAH (risalah 4)AGAMA dan KEBEBASAN BERFIKIRterbitan MEGC (Middle-Eastern Graduates Center)
Agama dan Kebebasan Berfikir (Pandangan Awal)
Dalam Al-Quran, ada satu golonganmulia yang disebut sebagai manusia Ulul Albab. Yakni manusia yang sentiasa memikirkan dan memperhatikan kebesaran Allah melalui tanda-tanda kejadian alam semesta seperti langit dan bumi, bulan dan matahari, siang dan malam jugalain-lain lagi. Begitu juga dalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang menyeru penganutnya menggunakan akal bagi mencari ibrah dan pengajaran daripada kejadian alam ini seperti 'afala ta'kilun' dan 'afala tatafakkarun'.
Sepertimana kata Sheikh Muhammad Al-Ghazali, "Manusia sudah tidak dikatakan manusia apabila mereka sudah tidak berfikir."Dan apabila umat Islam mula rencam berfikir, maka bercambahlah akar-akar kefahaman dan ilmu yang bersumber dua elemen, Al-Quran dan As-Sunnah.
petikan dari: http://lukisanhatilelaki.blogspot.com/2012/12/agama-dan-kebebasan-berfikirpandangan.html

No comments:
Post a Comment