Nama hari Raya Aidilfitri berasal daripada bahasa
Arab iaiatu Ayd al-Fitr. Nama lain bagi
Hari Raya Aidilfitri ialah Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitra atau
Hari Lebaran. Ia juga dinamakan Feast of the Breaking
of the Fast, Eid, Idul Fitri,
Lebaran( Indonesia), Shemai Eid( Bangladesh),Ramazan Bayrami( Turki)
SEJARAH hari raya
dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati
ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah
bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa
dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek
mereka. Lalu Rasulullah menyatakan kepada
orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan
dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya
korban atau Aidiladha dan Hari Raya
Fitrah atau Aidilfitri. Konsep hari
raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas
landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.
SEBELUM kedatangan sebarang agama ke tanah melayu,
penduduk di rantau ini seperti juga di lain-lain tempat
di Asia Tenggara menganut kepercayaan alam roh,
maknanya semua benda dipercayai ada rohnya tersendiri
samada pokok, binatang , serangga dan lain-lain.
Maka roh paling utama ketika itu ialah pada padi. Jadi
tanpa adanya beras padi, orang Melayu ketika itu akan mati
dek kelaparan.
Justeru perayaan paling besar tentunya ketika menyambut
hari menuai padi seperti mana hari perayaan pribumi Sarawak,
Sabah. Sepertimana sambutan ini, maka begitu jugalah apa
yang dilakukan oleh orang Melayu ketika itu.
Dipanggil sambutan ini sebagai Hari Raya kerana ia merujuk
kepada kebesaran sesuatu perayaan. Ia merupakan hari
meraikan atau merayakan kejayaan penanaman padi.

Tetapi cara hidup orang Melayu kemudian berubah apabila mereka
bukan saja menjadi masyarakat petani tetapi juga menjadi
bangsa berdagang. Mereka mampu membina kapal-kapal besar
untuk berlayar. Menjadi bangsa maritim bermula dengan
keupayaan orang Melayu mewujudkan kerajaan di pesisiran
pantai dan kuala sungai. Mereka membina pelabuhan bagi
menarik kunjungan kapal-kapal dagang dari China, India,
Parsi dan Arab.
Di sinilah munculnya kerajaan Sri Wijaya. Daripada
kunjungan kapal-kapal ini, maka agama Hindu pun bertapak
di tanah melayu.
Sebagai bangsa maritim, orang Melayu sudah tidak lagi
menyambut hari menuai sebagai hari kebesarannya
yang utama. Dengan beragama Hindu, orang Melayu turut
menyambut hari Perayaan Cahaya mengatasi Kegelapan.
Dalam sambutan Diwali atau Deepavali, lampu-lampu dipasang
di keliling rumah. Suatu amalan Hari Raya yang kini sudah
menjadi sebahagian daripada budaya Melayu.
Orang Melayu memang kuat merantau ketika itu. Mereka
berlayar di sekitar kepulauan Melayu. Walaupun terdiri
daripada banyak kerajaan, tetapi Nusantara adalah Dunia
Melayu.
Maka setiap Hari Raya, mereka akan balik ke kampung
halaman seboleh mungkin untuk menemui ibu, bapa dan
sanak saudara. Amalan balik kampung kini menjadi suatu
kemestian semasa Hari Raya dan kini terus diamalkan oleh
orang Melayu.
Tetapi menarik untuk mengetahui bagaimanakah orang
Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika mula memeluk
agama Islam.
Cuba bayangkan bagaimana orang Melayu zaman kesultanan
Melaka menyambut Hari Raya. Lebih-lebih lagi pada tahun
pertama mereka memeluk Islam. Tentu sukar bagi istana
Melaka, apatah lagi rakyatnya untuk berpuasa.
Bagaimanakah pihak istana membuat keputusan untuk
menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai Hari Raya bagi
orang Melayu? Mengapa mereka memilih Hari Raya Puasa
dan bukannya Hari Raya Haji?
Dalam ibadat, dikatakan orang Melayu lebih menekankan
tentang puasa berbanding ibadat lain. Pendakwah berjaya
meyakinkan keseluruhan masyarakat Melayu supaya berpuasa,
bertarawih dan mengharapkan Lailatul Qadar. Maka Hari Raya
menjadi begitu bermakna bagi orang Melayu dengan dikaitkan
dengan kejayaan beribadat puasa.
Pada Hari Raya pula, ulama Melayu dahulu membuat keputusan
untuk mengambil takbir raya yang bernada syahdu. Ini kerana
di lain-lain tempat, takbir mereka bernada semangat juang. Ini
kerana takbir itu berasal daripada laungan semasa Perang Badar,
yang kemudian diabadikan dalam sambutan meraikan kemenangan
perang itu.
Tetapi bagi orang Melayu di Nusantara, nada takbir adalah
berbentuk sayu dan sedih mengenangkan sanak saudara yang
sudah tiada atau pergi tidak kembali. Ini kerana bagi masyarakat
Melayu, balik kampung waktu Hari Raya adalah penting. Jika tidak
dapat balik, maka si ibu atau bapa akan teringatkan anaknya
terutama semasa takbir yang bernada sedih dan sayu.
Oleh itu berhati-hati semasa dalam perjalanan pulang ke
kampung halaman masing2. Jangan lah di tambahkan pula
kesedihan ibu bapa serta sanak saudara kita dengan berita
menyedihkan seperti kemalangan maut, kehilangan remaja
dll...
Hari Raya adalah hari kemenangan jadi jangan bersedih ye...

direct source:

No comments:
Post a Comment