Tuesday, October 23, 2012
Iran, Mesir dan Pemikiran Taqrib Antara Mazhab
UNTUK BACAAN ARTIKEL PENUH SILA KLIK LINK: http://www.shia-explained.com/my/archives/3115
Taqrib bermakna seruan untuk mendekatkan pandangan antara mazhab Islam. Pemikiran ini memiliki sejarah tersendiri di negara-negara Islam, terutamanya Mesir. Taqrib juga bererti kerjasama antara ulama untuk menyelesaikan kesalahpahaman yang ada pada mazhab-mazhab Islam terutama mazhab Syi’ah dan Ahli Sunnah.
Para ulama Taqrib meyakini bahawa untuk mewujudkan matlamat Taqrib, Ahli Sunnah dan Syi’ah tidak harus meninggalkan ajarannya; akan tetapi, paksi Taqrib antara mazhab Islam adalah hidup bersama dengan jiwa bersaudara tanpa ada rasa bermusuhan satu sama lain. Natijahnya, matlamat Taqrib ialah mengurangi kekerasan dan permusuhan antara pengikut mazhab-mazhab Islam...
"... Pada tahun 1789 penyerangan Perancis terhadap Mesir menyebabkan ulama Al-Azhar mengangkat bendera perang terhadap Perancis dengan sokongan daripada masyarakat dan menubuhkan persatuan muslimin dengan melupakan perbezaan-perbezaan mazhab. Kerjasama ulama Al-Azhar dan orang-orang Syi’ah serta anggota Taqrib yang lain menyebabkan kekalahan Perancis. Pada masa ini hukuman mati terhadap ulama Islam oleh kekuatan Perancis menguatkan lingkaran persatuan antara Muslim dalam menghadapi musuh luar.
Muhammad Ali terpilih sebagai gabenor Mesir pada tahun 1805. Dia, seorang yang mencintai kekuasaan, menganggap wujud ulama-ulama Al-Azhar terutama persatuan di antara mereka dan masyarakat Islam sebagai penghalang untuk mengukuhkan kekuasaannya. Untuk menghilangkan penghalang-penghalang ini, dengan menggunakan senjata perselisihan ia menimbulkan perpecahan, disamping memerintah dengan sewenang-wenang dan memisahkan antara agama dan politik untuk melemahkan Al-Azhar dan ulama Islam.
Politik ini (yang berakhir dengan tidak mampunya Al-Azhar mengelola kewangannya) menyebabkan peringkatan bertahap universiti tersebut dan memaksanya untuk menggantungkan masalah kewangan daripada pihak lain, terutama kerajaan Inggeris. Pada tahun 1915 penasihat kewangan pemerintah Mesir –seorang Inggeris- menyarankan kepada pemimpin Al-Azhar untuk menerima bantuan daripada pemerintah Inggeris untuk memperbaiki kewangan ulama-ulama Al-Azhar (1). Pada masa ini, siasah pemerintah Mesir dan pendatang dari Inggeris adalah pemisahan antara agama dan politik serta menghalang perpaduan mazhab yang berbeza-beza dalam satu lingkungan Islam. Dengan ini, ulama mazhab-mazhab di Al-Azhar tidak dapat menjalankan misi Islami mereka disebabkan tidak ada perpaduan, fanatisme dan sikap memperhatikan keuntungan peribadi.
Pada tahun 70-an peningkatan hubungan antara ulama dan pusat-pusat lembaga agama yang berbeza-beza, terutama Syi’ah dan Ahlu Sunnah, mendorong terbentuknya “Dar Al-Taqrib” di Mesir. Beberapa marja’ faqih Syi’ah dunia, seperti Ayatullah Uzdma Burujerdi yang memiliki peranan yang sangat penting dalam pembentukan pusat lembaga ini. Beliau memiliki keyakinan kuat bahawa perlunya pemecahan masalah di antara mazhab-mazhab Islam dan kewujudan hal ini akan meninggikan martabat Islam..."
...penerbitan kitab “Al-Muraja’at” yang merupakan syarah dari diskusi antara ulama besar Islam, Abdul Husain Syarafuddin Al-Musawi, salah satu dari pembawa bendera Taqrib di Jabal Amil, Lubnan, dan Syeikh Salim, pemimpin Al-Azhar, mempunyai peranan penting dalam menyelesaikan kesalahpahaman Ahli Sunnah terhadap Syi’ah. Syeikh Salim dalam pertemuan terakhirnya mengakui bahawa tidak ada perbezaan di antara Ahli Sunnah dan Syi’ah dan pertentangan yang ada diantara Syi’ah dan Ahli Sunnah lebih sedikit dari pertentangan antara imam-imam empat mazhab.
Sebenarnya kehidupan kebudayaan Mesir memiliki kecenderungan kuat untuk mewujudkan misi Taqrib. Alasannya adalah sebagai berikut:
1. Adanya makam orang-orang yang dinisbahkan ke Ahlul Bait, seperti Malik Asytar di Mesir, yang menyebabkan masyarakat Negara ini menunjukkan kecintaannya pada Ahlul Bait lebih dari masyarakat Negara-negara lain.
2. Masyarakat Mesir secara terbuka memiliki kecenderungan untuk bersatu dan saling memahami antara saudara Muslim yang lain, termasuk syi’ah; dan kecenderungan ini bertambah setelah kemenangan revolusi Islam.
3. Peranan Al-Azhar yang merupakan asas besar dalam sisi moral dan spiritual, yang pada awalnya didirikan untuk memperluas mazhab Syi’ah dan pendekatan antara mazhab, tidak dapat dipandang sebelah mata.
4. Dari segi sejarah, pendirian pemerintahan Fatimiyun oleh orang-orang Syi’ah di Mesir dan permusuhan bersejarah antara masyarakat Mesir dengan Wahabi selalu menjadi penghalang usaha musuh-musuh Islam untuk menebar perpecahan. Tidak menghairankan jika dengan alasan di atas sebagian penetapan undang-undang Mesir dilakukan bersaskan faham mazhab Syi’ah. Sebagai contoh, dua pasal dari undang-undang sivil Mesir diambil dari mazhab Syi’ah. Pada zaman Abdul Nasir, Al-Azhar menerbitkan sebuah ensiklopedia fiqah yang bernama “Fiqh-e Islam Dar Mazaheb-e Hasytgone” (fiqih Islam dalam 8 mazhab) yaitu 4 mazhab Ahli Sunnah, mazhab Syiah 12 Imam, Zaidi, Ibadhi dan Dhohiri...
...
Meski pun penyerangan ini mengancam mazhab Syi’ah, tapi dari sisi lain ia menguntungkan dakwah Taqrib, kerana masyarakat Mesir menjadi ingin mencari tahu perbezaan Syi’ah dan Ahlu Sunnah. Munculnya intelek-intelek zaman itu membuatkan isu Taqrib semakin diangkat. Sebagai contoh, marhum Allamah Syeikh Muhammad Ghazali, seorang ulama yang diterima diseluruh kalangan masyarakat Mesir, selalu membantah perselisihan di antara umat Islam dan mendukung pemikiran Taqrib. Beliau berkata:
“Kekhawatiran akan perbezaan dalam Fiqah tidak perlu dikhuatirkan; kerana perbezaan Fiqah tidak dapat dimungkiri. Larangan taqlid pada mazhab tertentu tidak lebih dari sekadar fanatik yang tidak berharga”. (Surat Khabar Al-Zahram, 17/12/1370)
Para pemimpin Ikhwanul Muslimin juga sangat mementingkan masalah pendekatan dan menganggap keperluan mustahak perpaduan umat Islam dalam menghadapi musuh yang bersatu pada zaman ini.
Location:
Klang, Selangor, Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment