Salam alaikum.
Ok, ini adalah sedikit perkongsian tentang "sepengetahuan" aku tentang syiah (Imamiyyah). Bukanlah untuk mengajak kalian menjadi syiah, tetapi ini tidak lebih dari perkongsian untuk kalian fikirkan.
Ok, apa itu syiah Imamiyyah?
- Imamiyyah atau Ja'fariah (شيعى) merujuk kepada satu aliran dalam Syiah yang mempercayai bahawa umat Islam wajib mengikut dua belas orang Imam, kesemuanya dari keturunan Ali bin Abi Thalib dan Rasulullah s.a.w. sendiri, yaitu menerusi anak beginda Fatimah Zahrah. Bilangan dua belas sealiran dengan hadith yang menyatakan bahwa umat Islam akan di perintah oleh 12 Khalifah selepas Rasulullah.
- Syiah Imamiyyah percaya Muhammad Rasulullah sendiri mewasiatkan kepimpinan umat Islam kepada Ali bin Abi Talib sebagai Mawla dan Amirul Mu'mineen yang mesti ditaati selepas baginda. Dengan itu, Ali bin Abi Talib dianggap oleh Syiah Imamiyyah sebagai Imam pertama umat Islam. Melalui nas-nas, Allah SWT sendiri memberi petunjuk siapakah pewaris pucuk pimpinan. Imam tidak semuanya jatuh kepada anak lelaki pertama. Dalam hal imam kedua Syiah Imamiyyah yaitu Imam Hasan bin Ali,cucu Rasulullah, ia berpindah kepada adik beliau, Hussein bin Abi Talib.
- Berdasarkan sumber rujukan aku; aku tanya dan check-out (baca) sendiri dari web page syiah Imamiyyah dan profil FB seorang penganut syiah Imamiyyah ni: mereka tidak lah mengkafirkan sahabat nabi. Bahkan Tok Guru mereka sendiri pun melarang mereka melakukan hal ini; termasuk mengkafirkan/melaknat Saidatina Aisyah.
- Mereka turut mengakui bahawa dalam aliran syiah ini, ada yang ekstrim, (yang melampau ). Mereka turut menyatakan yang kitab-kitab mereka ada yang diseleweng (terutama kitab-kitab Ayatollah Khomeni) *pada pendapat aku, tak mustahil kitab-kitab yang diseleweng ini ada pengikutnya.
- Mereka ini lebih menerima atau memuliakan Saidina Ali dan isterinya, Fatimah az-Zahra tetapi tidak la ke tahap mengkafirkan para sahabat. (Allahu a'lam)
- Mereka menyatakan (ini adalah suatu kemungkinan) di mana kitab-kitab yang diseleweng ini telah diletakkan di dalam 'gedung-gedung ilmu agamawan ahlu sunnah' dan diguna pakai agamawan ahlusunnah untuk menjatuh hukum 'sesat', 'kafir' terhadap syiah.
Petikan dari link di atas:
Penegasan pertama:
Saya adalah Sunni yang tidak fanatik mazhab dan menerima mana-mana hujah dan dalil yang kuat daripada mazhab lain termasuk mazhab Syiah Imamiyyah. Mengapa saya banyak menulis mengenai Syiah? Ini kerana saya menganggap mereka (syiah) adalah Islam dan saudara seagama saya dan wajib bagi saya untuk mempertahankan mereka daripada tuduhan-tuduhan melulu dan fitnah. Saya menghormati Ayatullah Ruhullah Mousavi Khomeini sebagai seorang ulama yang agung (great ulama) dan pengasas Revolusi Islam Iran. Semoga Allah merahmatinya. Secara peribadi, saya tidak mempunyai masalah untuk makan bersama, malah bersolat di belakang seorang penganut Syiah Imamiyyah kerana mereka adalah Islam. Saya juga menghormati Ayatullah Ali Khomenei, Ayatullah Ali Sistani, Mahmoud Ahmadinejad dan mana-mana ulama tanpa mengira mereka dari mazhab Hanafi, Hanbali, Syafie hatta Syiah Imamiyyah sekalipun. Kerana apa? Kerana kita dituntut untuk menghormati ulama dan alhamdulillah saya mengikut tuntutan tersebut.
Penegasan kedua:
Saya agak menyampah dan sinis dengan mana-mana individu yang mendakwa hanya mazhab mereka sahaja yang diterima Allah dan lain-lain mazhab yang tidak selari dengan mazhab mereka adalah terkeluar dari jalan yang benar. Tidak ada mana-mana pengisytiharan yang mengistytiharkan hanya mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah sahaja yang benar dan confirm masuk syurga. Saya amat anti kepada mana-mana individu yang fanatik mazhab dan dengan beraninya mengkafirkan serta men'sesat'kan mazhab lain hanya kerana fatwa-fatwa yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Golongan ini saya labelkan sebagai fanatik buta. Dah la fanatik, tidak pula mahu menerima pendapat dari mazhab lain. Kamu mendakwa mengikut Sunnah Nabi tetapi kamu tidak pula mengikut sabda Nabi yang melarang kita mengkafirkan atau men'sesat'kan orang yang mengucap syahadah. Mengkafirkan orang lain merupakan sunnah Nabi yang mana?
Sejarah mencatatkan / membuktikan umat Islam menjadi huru hara kerana konflik sunni-syiah. Setahu aku, konflik ni kuat kat negara arab Islam luar sana tu. Sudahpun bermula dari zaman bani umayyah, abasiyah, uthmaniah dan diganti pula khalifah syiah fatimiyah. Ada yang mengatakan konflik sunni-syiah ini adalah rekayasa zionis.
Sejarah juga ada mencatat apabila sunni-syiah bersatu, mereka mampu mengalahkan musuh Islam.
Sila klik link ni: http://www.shia-explained.com/my/archives/3115
"Pada tahun 1789 penyerangan Perancis terhadap Mesir menyebabkan ulama Al-Azhar mengangkat bendera perang terhadap Perancis dengan sokongan daripada masyarakat dan menubuhkan persatuan muslimin dengan melupakan perbezaan-perbezaan mazhab. Kerjasama ulama Al-Azhar dan orang-orang Syi’ah serta anggota Taqrib yang lain menyebabkan kekalahan Perancis. Pada masa ini hukuman mati terhadap ulama Islam oleh kekuatan Perancis menguatkan lingkaran persatuan antara Muslim dalam menghadapi musuh luar."
*Sebenarnya, tujuan aku berkongsi hal ini adalah lebih kepada untuk bermuhasabah diri, sebabnya, apabila bab syiah, kita akan 'double standard', sebahagian dari kita mesti akan menghukum sesat, kafir dan lain-lain. Fikirkan, kalau kita boleh beri hak untuk bukan islam macam hindu, buddha, kristian, yahudi, kenapa kita tak boleh beri hak yang sama untuk syiah?
Ada benda yang kita boleh teladani dari syiah, contohnya kemajuan di Iran (yang majoriti rakyatnya syiah), revolusi menjatuhkan Shah Reza Pahlavi (yang dikepalai oleh Ayatollah Khomeni; semoga Allah merahmatinya), teladani akan kekuatan pengaruh Islam mereka.
Bekas ulama al-Azhar (seorang ulama ahlusunnah) pada tahun 50-an turut mengakui / mengesahkan syiah Imamiyyah adalah sah di sisi islam. Di bawah ini soalan dan jawapan yang dijawab oleh ulama' al-Azhar
Wallahu a'lam :)
Pejabat Pusat Universiti al-Azhar
Dengan nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang
Teks Fatwa yang dikeluarkan Yang Mulia Syaikh Al-Akbar Mahmud Syaltut, Rektor Universitas Al-Azhar tentang Kebolehan Mengikuti Mazhab Syiah Imamiah
Soal: Yang Mulia, sebahagian orang percaya bahawa penting bagi seorang Muslim untuk mengikuti sal
ah satu dari empat mazhab yang terkenal agar ibadah dan muamalahnya benar secara syar’i, sementara Syiah Imamiah bukan salah satu dari empat mazhab tersebut, begitu juga Syiah Zaidiah. Apakah Yang Mulia setuju dengan pendapat ini dan melarang mengikuti mazhab Syiah Imamiyah Itsna ’Asyariyah misalnya?
Jawab:
1. Islam tidak menuntut seorang Muslim untuk mengikuti salah satu mazhab tertentu. Sebaliknya, kami katakan: setiap Muslim punya hak mengikuti salah satu mazhab yang telah diriwayatkan secara sahih dan fatwa-fatwanya telah dibukukan. Setiap orang yang mengikuti mazhab-mazhab tersebut boleh berpindah ke mazhab lain, dan bukan sebuah tindakan kriminal baginya untuk melakukan demikian.
2. Mazhab Ja’fari, yang juga dikenal sebagai Syiah Imamiyah Itsna ‘Asyariyyah (Syiah Dua Belas Imam) adalah mazhab yang secara agama benar untuk diikuti dalam ibadah sebagaimana mazhab Sunni lainnya.
Kaum Muslim wajib mengetahui hal ini, dan sebolehnya menghindarkan diri dari prasangka buruk terhadap mazhab tertentu mana pun, kerana agama Allah dan Syari’atnya tidak pernah dibatasi pada mazhab tertentu. Para mujtahid mereka diterima oleh Allah Yang Mahakuasa, dan dibolehkan bagi yang bukan-mujtahid untuk mengikuti mereka dan menyepakati ajaran mereka baik dalam hal ibadah maupun transaksi (muamalah).
Tertanda,
Mahmud Syaltut
Fatwa di atas dikeluarkan pada 6 Juli 1959 dari Rektor Universitas al-Azhar dan selanjutnya dipublikasikan di berbagai penerbitan di Timur Tengah yang mencakup, tetapi tidak terbatas hanya pada:
1. Surat kabar Ash-Sha’ab (Mesir), terbitan 7 Juli 1959.
2. Surat kabar Al-Kifah (Lebanon), terbitan 8 Juli 1959.
Bagian di atas juga dapat ditemui dalam buku Inquiries About Islam oleh Muhammad Jawad Chirri, Direktur Pusat Islam Amerika (Islamic Center of America), 1986, Detroit, Michigan
Sila klik link ni (tentang Amman Message): http://shiiteandproud.wordpress.com/2012/09/02/kenapa-kecoh-pasal-amman-message/
Amman Message adalah satu perjanjian persefahaman antara kaum Muslimin, yang melarang pengkafiran sesama mereka dan mengiktiraf setiap kumpulan yang terdiri dari Sunni, Syiah dan beberapa kumpulan lain, sebagai Muslim. Ia ditandatangani oleh pemimpin politik dan agama dari berbagai negara Islam, dengan harapan menwujudkan kesatuan di kalangan orang Islam dan membendung konflik sektarian. Wakil dari Malaysia yang menandatangani Amman Message adalah:
H.E. Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Prime Minister
Dr. Anwar Ibrahim
Former Deputy Prime Minister
Dato’ Dr. Abdul Hamid Othman
Minister in the Office of the Prime Minister"
Lagi mengenai Amman Message:
http://www.shia-explained.com/my/archives/3140
Secara peribadi, aku hanya menyokong apa yang dinamakan PERPADUAN UMMAH (SUNNI-SYIAH) kalau Hezbollah (syiah) boleh bekerjasama dengan Hamas (sunni) untuk perjuangan Palestin, kenapa kita tidak boleh untuk mengenepikan perbezaan mazhab ini dan laksanakan perpaduan ummah? Namun perlu diakui yang di Malaysia ini sangat sukar untuk melaksanakan perkara ni
Klik link-blog ni: http://pengikutsetia.blogspot.com/2012/09/konflik-syiah-sunni-agenda-politik-jahat.html
petikan dari blog:
"dan saya lihat, Tuan Guru Haji Hadi mengambil langkah bijak dengan mengumumkan dalam ceramahnya di Qatar beberapa hari lalu mengenai Syiah."
"Haji Hadi memberitahu bahawa Syiah itu masih Islam. (maksud saya syiah imamiyyah)."
"tapi...
"org Syiah jangan masuk PAS."
"ini adalah langkah pengumuman yang bagus. :-)"
Tengok video ni pula:
http://www.youtube.com/watch?v=IM7LZxSAjr0&sns=fb
(Persidangan gerakan Islam sedunia. PAS turut hadir diwakiil presiden PAS sendiri. Afghan diwakil parti Islam pimpinan assyahid Burhanudin Rabbani. Beliau ditembak oleh pengganas qaeda kerana menghadiri persidangan ini bersama ayatullah [pemimpin shia])
PESANAN : AKU CUMA NAK KONGSI DENGAN KALIAN SEMUA. NAK PERCAYA ATAU TAK, TERIMA ATAU TAK, TERPULANG. SEBAB AKU YAKIN MASING-MASING PUNYA TAHAP RASIONAL PEMIKIRAN YANG TINGGI. AKU AHLI SUNNAH WAL JAMAAH. SEKALIPUN JIKA BENAR SYIAH ITU ROSAK AKIDAH, SESAT, TAPI MEREKA JUGA PUNYA HAK. ALLAHU A'LAM.
ini aku petik kata-kata dari seorang aktivis/sarjana jalanan:
"aku takdak fatwa. aku cuma ada pendapat aku. kalau betol, aku dapat pahala. kalau tak betol aku dapat dosa. aku manusia biasa. bukan azhar idros ataupun fathul bari."
kalau sekiranya perkongsian aku ni salah, maka aku akan terima kesalahan ini, jika aku betul alhamdulillah. Islam pun meraikan perbezaan pandangan / pendapat, Nabi Muhammad saw pun pernah berkata yang "perbezaan pendapat adalah rahmat Allah" :)
kalau korang nak ambil tahu pasal syiah Imamiyyah, boleh rujuk link ni: www.shia-explained.com
boleh juga melawat di fb dia ni: http://www.facebook.com/shiaexplained?ref=ts&fref=ts
mungkin juga boleh jumpa Khalid Ismath: http://www.facebook.com/khalid.shiite.ummat.hizbullah?fref=ts
asyura-jakarta


No comments:
Post a Comment